Penulisan artikel di blog, website, laman jaringan sosial atau mana-mana penulisan menggunakan aplikasi internet pada dasarnya berbeza dengan cara kita berkomunikasi di luar sana iaitu di alam nyata. Perbezaan di internet iaitu di alam maya biasanya kita akan menggunakan bahasa seperti kita sedang berbual-bual atau berkomunikasi secara langsung dengan pembaca atau pengunjung blog kita. Di samping itu mungkin gambar atau grafik yang berkaitan juga boleh membantu menambah kefahaman pembaca.
Namun bagaimanapun caranya, kita haruslah menyampaikannya dengan kaedah yang lebih berkesan kerana kita tidak bertemu dengan pembaca seperti semasa kita berkomunikasi di dunia nyata. Ada 5 unsur yang boleh menjadikan tulisan di blog kita seolah-olah seperti kita berkomunikasi secara pribadi dengan pembaca.
1. Idea & Informasi
Idea merupakan asas informasi yang ingin kita sampaikan boleh diperolehi dari mana-mana sumber. Samada melalui pembacaan artikel orang lain, catatan nota kita sendiri, melalui pengamatan peribadi tentang perkara di sekeliling kita, bahkan idea boleh muncul secara tiba-tiba di kotak fikiran kita. Catatkan apa pun idea hebat yang terlintas di fikiran kita walaupun ianya mungkin suatu pendapat yang ringkas.
Anda pasti pernah mendengar atau mengalaminya sendiri bahawa idea hebat itu kadang-kadang ia datang dengan tiba-tiba dan sepantas kilat juga ia pergi tanpa sempat kita mengingati butir-butirnya. Oleh itu alangkah baiknya jika kita menangkapnya segera dengan membuat catatan sebelum ia hilang.
Dari idea menjadi kerangka informasi. Fikirkan apa yang dapat disampaikan dari idea itu dan berguna bagi pembaca. Catat semuanya dalam bentuk daftar sebelum dikembangkan dalam bentuk rangkap atau perenggan.
2. Tajuk & Headline
Tajuk yang bagus mampu menjadi seakan ‘magnet’ bagi pembaca untuk lebih tertarik menyelami tulisan kita. Tajuk yang menarik biasanya datang dari idea yang menarik. Jadi cara mudah membuat tajuk ialah menuliskan idea tersebut ke dalam kata-kata yang menarik, singkat, dan jelas. Misalnya kita mempunyai idea tentang bagaimana membuat tulisan kita menjadi lebih menarik dibaca, anda boleh tuliskan tajuknya seperti “Teknik Menulis di Blog Anda Agar Lebih Memukau”.
Jangan lupa buat section khusus untuk artikel-artikel headline di theme blog, di tempat yang jelas terlihat seperti bahagian tengah atas. Tujuannya ialah untuk mempamerkan artikel-artikel pilihan anda.
3. Gambar
Sebuah gambar mewakili ribuan kata. Pilih gambar yang deskriptif maksudnya yang mampu mentafsirkan dan menjelaskan idea di artikel anda. Jangan terkejut jika ada di antara pengunjung blog anda yang tertarik untuk membaca artikel tulisan anda hanya kerana mereka ingin tahu apa yang dimaksudkan oleh gambar yang anda paparkan.
4. Gaya penceritaan
Hmm! Kita dah sampai pada topik yang menjadi senjata terampuh para blogger profesional seperti Darren Rowse atau saudara Zulfadli jika di Malaysia, dalam memelihara kualiti artikelnya. Menjadi story teller di blog sangat jauh lebih mudah dibandingkan story teller di dunia nyata, kerana kita tidak perlu memikirkan soal bahasa tubuh, intonasi, ekspresi dan sebagainya. Hanya perlukan ayat-ayat indah yang boleh membuatkan pembaca terpukau dengan tulisan anda.
Sumber cerita boleh diperolehi dari pengalaman peribadi, orang lain atau hanya dari pemerhatian saja. Cerita yang menarik biasanya yang boleh memancarkan imaginasi pembaca, mencetus emosi dan semangat serta mampu terus diingati.
Apa yang perlu anda ketahui ialah, gunakan story telling hanya sebagai background/abstrak dari idea atau konsep tulisan anda. Idea penulisan artikel masih tetap mengekalkan solusi(penyelesaian), kesimpulan dari pengalaman atau peristiwa yang berguna buat pembaca. Jangan jadi penulis blog yang terus-menerus menulis hanya tentang diri sendiri.
5. Be personal!
Setiap orang mempunyai gaya tersendiri dalam berkomunikasi, termasuk menulis. Sebagai blogger, tambahkan sedikit personal voice di artikel yang anda tulis, tak kira artikel mengenai apa pun. Gunakan bahasa peribadi, ceritakan pengalaman peribadi yang berhubungan dengan topik yang anda tulis. Dengan itu anda akan mempunyai ciri khas tersendiri dan pembaca lama-kelamaan akan terbiasa dan mudah mengenali anda. Suatu masa nanti akan timbul rasa hormat dan kepercayaan terhadap kualiti dan style penulisan anda.
Ikhlas,
Zainorden



