«

»

Sep
25

Belajar asas cpanel

cPanel adalah online Control Panel iaitu panel kawalan pada nama domain dan web hosting untuk menyusun dan mengatur data, aplikasi dan rangka kerja sesebuah website yang menentukan bagaimana sesebuah website itu berfungsi.

Dengan kata lain cPanel adalah perisian yang dipasang oleh penyedia hosting seperti Sempoihosting atau ECommerceMastery sebagai panel kawalan untuk website anda. Perisian ini selalunya didatangkan percuma bila anda membeli domain dan hosting sendiri. Ianya umpama ’stereng’ sebuah kereta untuk menghalakan destinasi perjalanan anda.

Jika anda ingin memiliki atau ingin mereka bentuk laman web anda sendiri, maka anda perlu tahu domain dan web hosting.

Domain adalah nama laman web seperti www.belajarcpanel.kuasacyber.com, www.kuasacyber.com/duit-youtube dan sebagainya. Ia boleh diumpamakan sebagai alamat atau nama sebuah kedai.

Hosting pula adalah tapak di mana laman web anda diletakkan. Untuk membolehkan pelayar internet mengakses laman web anda, anda perlu menyewa tapak ini iaitu satu ruang di server seperti sebuah tapak perniagaan anda.

Jadi, apabila anda sudah memiliki domain iaitu seperti nama kedai dan hosting yang boleh diibaratkan umpama tapak perniagaan anda, maka pelayar internet akan boleh mengakses laman web anda setiap masa.

Antara banyak perkara yang boleh dilakukan dengan cPanel adalah seperti berikut:

  • Mencipta link download
  • Mengoptimasikan penggunaan Email account
  • Upload file dari browser
  • Instalasi software/script
  • Membina database
  • Password protection untuk folder
  • Setting mengikut jenis domain seperti subdomains, parked domain atau add on domains
  • Edit file-file web site anda terus dari browser
  • Melihat Statistik web site dan banyak lagi aplikasi lain

Bagaimana pula untuk mengendalikan cpanel ini? Adakah buku panduan yang menerangkan secara langkah demi langkah dalam Bahasa Malaysia tentang pengendalian cpanel ini?

Jawapannya, YA! Memang ada. Anda boleh dapatkan Ebook Panduan Asas Cpanel dengan layari: http://www.belajarcpanel.kuasacyber.com untuk sebarang maklumat lanjut mengenainya.

Untuk siapakah Ebook Panduan Asas cPanel ini?

  • Untuk anda yang ingin memiliki website atau blog di domain dan hosting sendiri
  • Bagi hosting yang menggunakan cPanel sebagai panel kawalan
  • Untuk anda yang mempunyai kawalan ke atas hosting anda sendiri, yakni ada username dan password ke ruang admin website
  • Bagi anda yang kurang faham menggunakan cPanel seperti tak tahu buat email atau ruang download
  • Untuk anda yang malas nak try and error

Jangan tunggu sehingga esok. Dapatkan Ebook Panduan Asas Cpanel sekarang dan lancarkan laman web anda pada hari ini juga! KLIK DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>