«

»

Oct
03

Bagaimana mengenalpasti email Spam

Pernahkah anda mendengar istilah email spam? Ataupun spammer?

Mungkin anda sering mendengar perkataan email spam. Mungkin juga ada di antara anda langsung tidak pernah mendengar perkataan itu dan juga tidak faham apakah maksudnya email spam ini.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini saya ada juga menerima beberapa email yang bertanyakan, apa sebenarnya email spam ini? Ada yang mengatakan spammer adalah salah satu sikap yang tidak beretika di internet? Betul ke?

Jika anda bertanya kepada saya, sudah tentu saya akan katakan YA. Saya pasti ramai di luar sana yang membenci spam dan spammer. Perkataan “Kami Benci Spam” atau “Jangan melakukan Spam” amat biasa kedengaran di ruang maya internet.

Tapi yang menghairankan saya, ada yang membenci Spam, namun tanpa disedari, mereka sendiri seringkali melakukan spam kepada orang lain..! Ini menunjukkan mereka masih belum jelas apa sebenarnya yang dikatakan sebagai spam. Mereka inilah yang tanpa disedari melakukan kesilapan dalam pemasaran internet.

Baiklah, biar saya huraikan.

Sesuatu email itu dianggap sebagai Spam apabila email ‘sampah’ yang dianggap mengganggu, memasuki inbox email anda tanpa diundang. Spammer pula merujuk kepada orang yang menghantar emel Spam tersebut.

Biasanya kita tidak pernah bersetuju untuk menerima email-email dari mereka. Apatah lagi untuk memasukkan nama kita dan email kita ke dalam ‘mailing list’ atau sistem autoresponder mereka.

Tentu anda pun menyampah jika mesej-mesej email yang mengarut, memasuki inbox anda. Kadang-kadang hingga berpuluh-puluh malah beratus-ratus banyaknya setiap hari.

Anda boleh mengenali email-email yang berunsur ‘spam’ melalui tajuk-tajuk mesej email seperti berikut:

“Labur RM10, dan anda akan memperolehi RM100 setiap hari”

“Rahsia Kekayaan Sebenar Kini Telah Muncul…”

“Make Money For Free”

Dan macam-macam lagi tajuk mesej email yang berunsur spam. Sistem email Yahoo, Google dan lain-lain mempunyai sistem ‘filter’ bagi membuang sebarang email yang berunsur spam yang akan menyemakkan inbox anda.

Jika anda menggunakan email Yahoo, email yang disyaki berunsur spam, akan masuk secara automatik ke dalam ruang Junk. Manakala email Gmail ke dalam ruang Spam Mail dalam email anda.

Jadi, jika sekarang anda mempunyai perniagaan online, pastikan anda juga tidak akan menghantar email-email berbentuk promosi sesuka hati anda. Pastikan email yang dihantar hanya kepada mereka yang memberi keizinan. Iaitu mereka yang memasukkan nama mereka dan email mereka ke dalam ‘mailing list’ atau sistem autoresponder anda.

Nak tahu lebih lanjut apakah itu sistem autoresponder? Sila KLIK DI SINI.

ikhlas,
Zainorden

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>