Foto yang anda letakkan di setiap artikel blog anda merupakan salah satu pelengkap dan asas berblogging. Namun agar tidak menyalahi hakcipta, foto yang anda pamerkan haruslah sebaik-baiknya mendapat keizinan daripada pemilik atau pembangun laman web bergambar tersebut.
Untuk itu sebahagian besar blogger profesional menggunakan foto berbayar untuk mengatasi masalah hakcipta ini. Tetapi bagaimana pula jika anda berbloging hanya suka-suka dan mungkin anda mempunyai masalah kewangan yang terbatas.
Jangan khuatir, pada post kali ini saya akan bariskan 5 laman web penyedia gambar dan foto terbaik yang anda boleh kunjungi bagi mendapatkan foto atau gambar yang sesuai dengan artikel di blog anda.
1. Flickr
Flickr merupakan laman tempat menghimpunkan gambar dan foto terbesar di dunia. Tetapi sayangnya tidak semua ahli laman ini mengizinkan foto mereka digunakan oleh orang lain. Rahsianya adalah dengan menggunakan Advanced Search Page, lalu pilih Only search within Creative Commons-licensed content dan taipkan kata kunci foto yang anda cari.
Apabila telah menemui foto yang sesuai, klik kanan foto dan lihat Some rights reserved untuk mengetahui penjelasan hakciptanya. Untuk mendapatkan foto atau gambar dari laman ini, anda boleh mendaftar terlebih dahulu atau jika keberatan anda boleh abaikan.
2. Stock.XCHNG
Stock.XCHNG (biasa disebut SXC) merupakan laman di bawah pengurusan Getty Images. Laman ini mengisytiharkan bahawa mereka mempunyai 350,000 foto atau gambar dari seramai 30,000 jurufoto. Anda harus mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan gambar atau foto yang anda inginkan.
3. Free Photos Bank
Free Photos Bank menyediakan foto-foto yang cantik dan berbagai kategori bermula dari kategori Abstract, Architecture sehinggalah Life. Anda tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan foto yang anda cari, cukup dengan download dan menyimpannya di komputer anda.
4.MorgueFile
MorgueFile menyediakan gambar atau foto menarik tanpa perlu mendaftar. Anda hanya perlu mencarinya melalui fasiliti pencarian atau Explore the morgueFile yang akan membawa anda ke pelbagai kategori.
5. Fixel Perfect Digital
Laman ini menyediakan foto menarik melalui Free Stock Photos dengan berbagai kategori. Anda juga tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan foto yang diinginkan.
Selamat mencuba!



