
duit-dengan-autoresponder
Salah satu tujuan penting anda menguasai sistem autoresponder bagi aktiviti pemasaran email anda adalah kerana anda dengan mudah dapat buat duit menerusinya.
Bagaimana kerja “Buat Duit” ini dapat dijalankan menerusi sistem autoresponder?
Pertama sekali, sistem autoresponder berfungsi menyimpan data pelanggan dan prospek anda seperti nama dan alamat email mereka ke dalam database kempen pemasaran yang anda bina. Dengan adanya data – data ini, anda boleh menghubungi pelanggan – pelanggan anda pada bila – bila masa sahaja.
Sebagai contoh, katakan anda memiliki 3000 senarai pelanggan di dalam database kempen pemasaran anda.
Seterusnya katakan anda ingin mempromosikan produk A yang mempunyai keuntungan sebanyak RM30 setiap 1 jualan.
Anda pun menyiapkan 1 email promosi tentang produk A tersebut dan terus menghantar email yang disiapkan kepada 3000 pelanggan anda menerusi sistem autoresponder yang anda gunakan.
Katakan 30% daripada 3000 pelanggan anda tersebut membuka email yang dikirimkan. Ertinya 900 orang melihat tawaran yang anda berikan.
Seterusnya katakan 30% daripada 900 orang yang telah melihat tawaran tersebut mengambil keputusan untuk membuat pembelian produk A. Ertinya 270 orang telah melakukan pembelian produk A yang anda promosikan.
Hasilnya, anda akan membuat keuntungan sebanyak = 270 orang x RM30 = RM8100 hanya daripada 1 email pemasaran sahaja! Ini belum lagi jika anda melakukan follow up demi follow up. Jika anda melakukan follow up, maka potensi untuk anda meraih lebih keuntungan adalah tinggi.
Ringkasnya, untuk menjana pendapatan menerusi sistem autoresponder adalah mudah sahaja iaitu anda perlulah memiliki senarai data prospek / pelanggan yang berkualiti yang mampu mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli produk yang anda promosikan. Untuk memiliki data – data ini, kempen pemasaran terhadap pasaran yang betul haruslah dibina.
Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan sistem autoresponder dan cara – cara bagaimana untuk mengaplikasikan sistem autoresponder ke laman web anda, sila klik di sini. Anda juga boleh mendapatkan ebook versi percuma daripada saya. Sila klik gambar di bawah.


