panduan-asas-bina-blog

panduan-asas-bina-blog

Mungkin ramai yang telah tahu asal usul perkataan blog diperolehi. Tetapi bagi newbie yang belum tahu, blog sebenarnya berasal dari perkataan web log atau weblog. Suatu ketika dahulu blog digunakan sebagai journal online atau diari. Tetapi lama kelamaan, kegunaannya telah bertukar kepada medium untuk berkongsi maklumat sambil memasarkan produk-produk yang popular melalui perniagaan internet.

Kelebihan  memiliki blog:

•    Membina kredibiliti dengan menunjukkan kepakaran anda
•    Mendapatkan trafik ‘percuma’ ke laman web perniagaan anda
•    Melakukan program Google Adsense dan program Affiliate
•    Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan sedia ada anda
•    Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan lebih berkesan
•    Menambah rangkaian perniagaan (business partner) melalui Internet

Sesiapa Sahaja Perlu Memiliki Blog:

•    Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan.

•    Ia dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di Internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat. Maka, anda perlu memiliki sebuah blog sendiri.

•    Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang anda tulis tersebut atau mengenali diri anda! Jika anda seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis anda akan diketahui akan kewujudannya oleh ramai orang!
•    Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika anda perhatikan, begitu ramai usahawan Internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Jika anda seorang usahawan Internet, tidak memiliki blog adalah satu kerugian terbesar bagi anda dan perniagaan anda!
•    Blog adalah satu ‘tools’ (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik (pelawat, bakal pembeli) ke laman web perniagaan Internet mereka. Anda juga boleh melakukan seperti mereka jika anda tahu caranya.

Tentu anda ingin berjaya di dalam ‘blogging’ (aktiviti ber-blog) bukan? Jika “YA”, maka anda perlu mendapatkan sesuatu yang mampu membantu anda bermula dari membina blog secara mudah sehinggalah bagaimana untuk bermula dengan betul.
Untuk itu, kami mencadangkan anda untuk mendapatkan satu Panduan, bagi segala masalah yang anda hadapi terutama di dalam membina blog dot com anda sendiri. Klik di sini