Jika anda bertanya, ”Tak payah bina website tu, maksudnya tak perlu buat website ke?” Saya akan menjawab, “Betul”. Atau jika anda bertanya, “Adakah maksudnya tak sukar untuk membangunkan website?” Sekali lagi saya akan jawab “Anda betul”. Pada saya, sebenarnya kedua-dua jawapan di atas mungkin ada benarnya.
Daripada survey yang saya lakukan beberapa minggu lepas, saya dapati masih ramai di kalangan pengguna internet tidak tahu bagaimana membina website. Ini termasuk rakan-rakan di sekeliling saya yang kadang-kadang sudah memiliki perniagaan sendiri. Dalam hati saya terdetik, “kalaulah mereka meluaskan pasaran mereka dengan menggunakan aplikasi internet, mungkin perniagaan mereka akan berkembang pesat”.
Namun hakikatnya, semua itu juga bergantung kepada usaha, promosi, pengorbanan, kesungguhan dan berbagai aspek lagi. Jika mereka telah benar-benar maju dan merasa selesa dengan perniagaan secara konversional, mereka mungkin tak payah (tak perlu) membina website kerana tidak perlu pening kepala untuk mengendalikan operasinya yang tidaklah begitu mudah juga.
Namun anda mungkin sedang tercari-cari model perniagaan yang mampu menjana wang sampingan yang berterusan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar, berhasrat memasarkan produk-produk kepada lebih 15 juta pengguna internet di Malaysia, ingin menambah pendapatan secara part-time continue reading…




