Mungkin ramai yang telah tahu asal usul perkataan blog diperolehi. Tetapi bagi newbie yang belum tahu, blog sebenarnya berasal dari perkataan web log atau weblog. Suatu ketika dahulu blog digunakan sebagai journal online atau diari. Tetapi lama kelamaan, kegunaannya telah bertukar kepada medium untuk berkongsi maklumat sambil memasarkan produk-produk yang popular melalui perniagaan internet.
Kelebihan memiliki blog:
• Membina kredibiliti dengan menunjukkan kepakaran anda
• Mendapatkan trafik ‘percuma’ ke laman web perniagaan anda
• Melakukan program Google Adsense dan program Affiliate
• Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan sedia ada anda
• Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan lebih berkesan
• Menambah rangkaian perniagaan (business partner) melalui Internet
Sesiapa Sahaja Perlu Memiliki Blog:
• Tidak kisah siapa diri anda, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan Internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan. continue reading…





