Sering kita dengar rakan-rakan kita atau orang di sekeliling kita mengeluh. Perkataan yang selalu kita dengar..Aku boringlah!! Boring betul, tak tau nak buat apa!! Memang ada banyak sebab kenapa orang boleh jadi boring. Antaranya, boring sebab asyik kena marah bos, boring kerana tak dapat selesaikan masalah, boring akibat terpaksa buat kerja yang kita tak suka dan seribu satu alasan lagi yang boleh buat orang rasa boring.
Tapi kalau boring sebab takde kerja nak buat, atau tak tau nak buat apa, rasanya tak logic. Sebabnya,di atas muka bumi ni ada bermacam-macam benda yang boleh kita lakukan. Sebenarnya kita boleh pergi sejauh manapun yang kita suka. Kita juga boleh menyelam ke dasar lautan sedalam mana yang kita mampu. Tidak mustahil juga untuk kita terbang setinggi mana yang kita kehendaki. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa kita boleh pilih untuk pergi ke kanan atau ke kiri, ke depan atau ke belakang atau ke mana pun. Namun, semua ini mestilah ada caranya. Ia perlu didasari oleh kehendak diri untuk berusaha, sedia untuk menambah ilmu di dada,mencipta kegemilangan, berpengetahuan dan berkemahiran. continue reading…




